KENAPA SONGKET
Songket menjadi pilihan kerana kita mahukan sesuatu yang cantik, yang asli berunsurkan tradisional, yang original, yang unik, dan yang bersifat kotemporari dimana gabungan faktor-faktor tersebut menjadikan ia yang terbaik dan eksklusif.
Buatan Tangan
(Handmade) menggambarkan setiap proses penghasilan songket dihalusi, diteliti dan diberi perhatiaan sepenuhnya dan menjanjikan kualiti yang tinggi.
Motif yang diterapkan pada corak bunga songket sangat abstrak dan penuh dengan falsafah yang kadangkala tidak dapat digambarkan sepenuhnya dengan perkataan. Kerumitan dan keunikan dalam proses pembuatan songket membuatkannya begitu istimewa.
Proses pembuatan dan motif yang ada pada songket menampakkan seni yang halus, mengaitkan dengan kebesaran, kebaikan, keistimewaan alam atau persekitaran.