APA ITU SONGKET
Perkataan ‘songket’ adalah dari istilah ‘sungkit’ dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, yang membawa maksud ‘mencungkil’ atau ‘mengait’. Songket juga bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas atau perak.
Didalam industri fabrik, songket adalah sejenis kain tenunan tradisional orang melayu di Malaysia, Indonesia dan juga Brunei. Lazimnya, songket ditenun dengan tangan dengan menggunakan benang emas dan perak.
Pada zaman dahulu, songket dipakai oleh golongan tertentu dalam sesuatu majlis atau perayaan sahaja. Kini penggunaan songket telah berkembang luas dan tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, malah pemakaiannya sesuai dengan pelbagai majlis dan perayaan.