SEJARAH SONGKET
Songket mempunyai nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik seni warisan asli melayu yang istimewa.
Difahamkan, songket telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 lagi dimana kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket diusahakan oleh mereka yang tinggal di kawasan pesisir dan mereka yang terdedah kepada pengaruh luar berbanding dengan tenunan ikat tunggal yang diusahakan oleh penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Ianya telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa beberapa minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.
Songket boleh mengangkat martabat si pemakai –corak dan warna tenunan songket boleh melambangkan kedudukan seseorang.