Kini terdapat peniaga-peniaga atau pemborong-pemborong songket yang pergi keluar negara untuk menghasilkan songket yang banyak dalam masa yang singkat menggunakan rekabentuk songket tempatan. Dengan kaedah ini mereka dapat menawarkan harga songket yang jauh lebih murah berbanding songket asli buatan tangan.
Kadang-kala ramai yang terkeliru dalam pemilihan songket terutamanya ketika mahu mengenali atau membezakan yang mana satu Songket Asli, Songket Asli Terengganu, Songket Mesin, dan juga Songket Tiruan. Bagi mengelakkan kekeliruan para pelanggang dan juga sebagai pengetahuan umum, kami berpendapat bahawa songket-songket dikategorikan seperti berikut: -
-
Songket Asli
Kain songket yang ditenun secara tradisional di lain-lain negeri selain daripada Terengganu.
-
Songket Asli Terengganu
Kain songket yang ditenun 100% secara tradisional di negeri Terengganu. Bahan yang digunakan untuk pembuatan songket adalah terdiri daripada bahan-bahan yang terpilih dan bermutu. Ini bagi memastikan keaslian nilai-nilai estetika dan keunikan yang telah sedia ada pada songket dikekalkan.
-
Songket Mesin
Kain songket ditenun secara moden dengan menggunakan peralatan mesin dan bantuan teknologi. Kuantiti pengeluarannya menjadi keutamaan.
-
Songket Tiruan
Definasi songket tiruan adalah subjektif, bergantung kepada tafsiran si penjual atau pengeluar songket itu sendiri. Lazimnya kualiti songket tiruan tidak bermutu dimana warnanya tidak dapat bertahan lama, cepat rosak, mudah pudar atau kusam dan kadangkala mudah tercabut benang pada corak bunganya.
Songket tradisional lazimnya dihasilkan dengan satu warna sahaja iaitu kain berwarna hitam dan kadangkala warna merah. Kini, dengan bantuan peralatan moden perkembangan teknologi, songket boleh didapati dalam pelbagai warna seperti biru, merah jambu, kuning, putih atau beberapa gabungan warna. Pengalaman seseorang individu boleh membantu mengenali keaslian pada songket.