Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
MOTIF SONGKET
Motif corak atau bunga songket diilhamkan daripada pemerhatian pada alam semulajadi dan juga benda dipersekitaran. Para penenun songket biasanya datang dari desa atau kampung dimana songket sememangnya diusahakan dikampung-kampung secara tradisonal. Oleh yang sedemikian, motif-motif songket adalah berdasarkan kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan, persekitaran alam, benda, objek dan kuih-muih.
Para penenun lazimnya mempunyai daya imaginasi yang sangat kuat yang mana ianya boleh menterapkan corak yang kreatif pada motif songket. Setiap motif mempunyai makna dan falsafah yang tersirat. Berikut beberapa contoh motif songket:-
-
Motif Semut Beriring
Hasil ilham daripada binatang terkecil yang selalu bekerja sama mampu membuat sarang yang besar, mampu mengangkat barang-barang yang jauh lebih besar dari badannya, dan bila bertemu selalu berangkulan.
-
Motif Itik Pulang Petang atau Itik Sekawan
Hasil pemerhatian dari binatang peliharaan.
-
Motif Burung Balam
Selalu hidup rukun dengan pasangannya, mencerminkan dari kerukunan hidup suami isteri dan persahabatan.
-
Motif Puncak Rebung
Dikaitkan dengan kesuburan dan kesabaran.
-
Motif Awan Larat
Dikaitkan dengan kelemah-lembutan budi, kekreatifan, dan sebagainya.
-
Motif Lebah Bergantung/Bergayut
Haiwan yang selalu memakan yang manis dan bersih (sari bunga), kemudian menyumbangkannya pada mahkluk lain dalam bentuk madu dan selalu hidup berkawan-kawan dengan damainya.
-
Motif Tapak Sulaiman
Hasil pemerhatian daripada alam semulajadi, lazimnya di negeri Sarawak.
-
Motif Tampuk Manggih (Tapak Manggis)
Hasil pemerhatian daripada pokok buah-buahan.
-
Motif Lawi Ayam
Hasil pemerhatian dari binatang peliharaan.
-
Motif Bunga Raya
Hasil pemerhatian daripada bunga-bungaan persekitaran.
-
Motif Paku-Pakis
Hasil pemerhatian daripada jenis tumbuhan-tumbuhan.
-
Motif tepung talam, Seri Kaya, Wajik
Hasil pemerhatian daripada jenis-jenis kuih yang menjadi kegemaran raja-raja pada ketika dahulu.
-
Motif Bunga Bintang
Hasil pemerhatian daripada alam semulajadi.
Bunga atau hiasan pada kain yang di tenun mengikut citarasa penenun. Si penenun songket bebas memilih motif yang disukainya.
Walaubagaimanapun motif songket juga turut berubah selari dengan arus perubahan zaman, dimana kini terdapat juga songket yang bermotifkan tulisan, logo syarikat atau logo sesebuah parti atau kelab.