TEKNIK PENJAGAAN SONGKET
Perlu diingatkan bahawa songket adalah berbeza dengan lain-lain kain atau fabrik. Oleh sebab itu cara atau teknik penjagaanya juga berbeza. Perhatian harus diberikan pada semua ketika iaitu ketika memakai, menyuci, dan menyimpan.
Berikut adalah tip-tip penjagaan songket: -
-
Cara Membersih
Songket tidak boleh direndam didalam air untuk tempoh yang lama. Ianya cukup sekadar memakai pelembut dan dibilas dengan cepat. Kemudian diangin-anginkan dengan menggunakan kipas. Songket tidak boleh dijemur dibawah sinar matahari langsung. Sekiranya ingin juga songket dijemur, ianya harus dibawah tempat yang redup sahaja.
-
Cara Menyimpan
Sebaiknya setelah songket dipakai, kain diangin-anginkan sebelum disimpan. Jangan sesekali menyimpan songket yang ada kesan air atau makanan atau songket yang masih lembap. Pastikan songket tersebut kering sepenuhnya.
-
Gulung Kain
Dalam penyimpanannya, kain songket jangan dilipat agar sulaman tidak rosak. Kain digulung seperti karpet dan sebelumnya terlebih dahulu dilapisi dengan kertas minyak. Masukkan sedikit wangian supaya kain tidak menjadi berbau.
-
Posisi Kain
Kain Songket yang telah digulung kemudian dibungkus dengan plastik atau tabung kertas. Disimpan dalam almari dalam posisi berdiri atau miring atau condong sedikit. Kain songket boleh dilipat seperti lain-lain kain untuk penyimpanan tetapi ia harus kerap dikeluarkan dan dibuka dari lipatan agar benang emas atau perak tidak rosak.
-
Angin-anginkan
Keluarkan kain Songket dari tempat penyimpanan sebulan sekali untuk dianginkan-anginkan apabila kain tersebut sudah lama tidak dipakai.
-
Tempat Bersih
Pastikan tempat simpanan atau almari untuk simpanan songket diperbuat daripada bahan yang tidak berkulat. Ini kerana kelembapan udara sekeliling akan menggalakan pertumbuhan kulat atau fungi yang seterusnya merosakan songket.