KENALI Songket-Terengganu.com
Kami yang dahulunya pengusaha songket yang bergerak secara individu membekal songket kepada sebahagian peniaga-peniaga songket di Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur. Kebanyakan bekalan songket yang kami perolehi adalah terus daripada pengeluar songket atau para penenun secara tradisional di Terengganu.
Kini, kami melalui syarikat Warisan Temurun Enterprise memutuskan untuk memasarkan songket kami secara online terus kepada pelanggan. Langkah ini diambil bertujuaan untuk memberi peluang kepada para pelanggan memperolehi songket dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran di kedai-kedai atau butik songket.
Kebanyakan harga yang kami tawarkan secara online adalah harga yang sama atau kurang daripada harga yang kami bekalkan kepada para peniaga-peniaga songket yang berurusniaga dengan pihak kami.
Para pelanggan mendapat banyak pilihan dengan maklumat yang lebih terperinci dalam membeli songket melalui laman web kami wwww.songket-terengganu.com